April 10, 2011

Melebatkan Bulu Mata

Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah
sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan
selalu.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Melebatkan Bulu Kening

Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian
tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari
sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air.
Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Melentik Bulu Mata

Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang.
Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara
yang boleh diamalkan :-
Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu
mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan
Published with Blogger-droid v1.6.8

Petua Awet Muda

Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah
salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut
petua berikutnya:
Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air
selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal
satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan
meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang
mengamalkan cara ini.
Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam
untuk awet muda.
Published with Blogger-droid v1.6.8

April 5, 2011

Quotes

We were given: Two hands to hold. To legs to walk. Two eyes to see. Two ears to listen. But why only one heart? Because the other was given to someone else. For us to find.
Unknown
Published with Blogger-droid v1.6.8

Today's quote

"About all you can do in life is be who you are. Some people will love you for you. Most will love you for what you can do for them, and some won't like you at all." - Rita Mae Brown
Published with Blogger-droid v1.6.8

Memutihkan Kulit Muka dan Badan

Untuk kelihatan cantik, putih dan menarik sememangnya menjadi impian setiap wanita. Malah ada yang sanggup berhabis berpuluh ribu ringgit malah jutaan ringgit untuk kelihatan cantik. Justeri, ini ada beberapa tips untuk mencantikkan kulit dan memutihkan badan

Di China, memang terkenal dengan produk kosmetik berasaskan sayur dan buah sebagai masker dan pembersih kulit seluruhnya. Ini kerana, sayur dan buah bebas dari zat pengawet dan pewangi. Disebabkan itu, kebanyakkan produk darinya sesuai untuk semua jenis kulit mahupun untuk kulit sensitif.

Kandungan air dalamnya dapat melembabkan kulit dan lemaknya dapat menghalang proses penguapan air melalui pori-pori liang roma, hingga menjadikan kulit bersih, lembut, anjal dan berseri.

Namun, tidak semua sayur dan buah dapat memutihkan kulit badan. Timun, jeruk, labu, kacang soya, sederi dan pisang baik untuk pembersihan kulit khususnya pada wajah. Manakala, untuk putihkan kulit, gunakan labu dan timun. Kandungan vitamin B dan C dalam labu dapat memutihkan kulit badan dan dapat menghilangkan ‘sunburn’ akibat cahaya matahari.

Timun yang kaya vitamin, lemak dan mineral juga dapat memutihkan kulit tetapi sebaiknya jangan anda campurkan buah atau sayur yang mengandung vitamin C kerana ia akan menuetralkan vitamin dalam timun tersebut. Sedangkan vitamin, kalsium, lemak dan protein pada kacang soya berfungsi memberi gizi, melembabkan serta mengatasi iritasi pada kulit.


Petua Memutihkan Kulit Muka atau Badan:
 
1.  Membuat ramuan dengan merebus 150 gram labu, lalu dilumatkan. Ambil 1 biji timun (berukuran sedang) di hiris dan di blender. Rendam 50 gram kacang soya selama beberapa jam, lalu haluskan dengan blender.

Sebelumnya, bersihkan wajah dengan pembersih yang mengandung sari mentimun.Kemudian, ratakan 1/3 bahagian jus timun pada wajah secara tipis dan merata, pijit perlahan-lahan secara memutar selama 1 minit dan biarkan beberapa saat.

Langkah selanjutnya adalah penguapan pada wajah dengan mencampurkan sisa jus timun ke dalam bekas berisi air panas. Biarkan wap air itu mengenai wajah anda selama 5-10 minit hingga wajah anda terasa hangat (proses sauna). Lalu ratakan secara tipis jus kacang soya pada wajah dan pijit/tekan secara merata selama 5 minit. Biarkan sesaat dan kemudian bersihkan dengan tuala muka yang basah.

Terakhir gunakan lumatan labu sebagai masker wajah dan biarkan selama 20 minit, lalu bersihkan. Maka wajah anda akan tampak lebih bersih dan putih dalam waktu yang lebih singkat.

2. Memutihkan keseluruhan badan dengan berendam dengan air susu. Selain dari menggunakan susu lembu segar, anda juga boleh menggunakan beberapa kotak susu segar yang di jual di kedai/pasaraya. Caranya, masukkan beberapa kotak air susu segar (sbg contoh ducthlady full cream) ke dalam tub mandi. kemudian rendam di dalam air tersebut selama 15-30 minit. Kemudian mandi seperti biasa. Kulit akan tampak putih, berseri dan gebu. Jangan lupa amalkan jua meminum susu segar setiap hari untuk tampak berseri dari dalaman.

3. Tambahan: untuk menghaluskan dan mencantik kulit badan keseluruhan, MyLady De' Beaute turut menawarkan pakej Body Scrub yang merangkumi rawatan urutan badan secara menyeluruh.